Wednesday, September 30, 2009

Karnival Bolasepak 9 Sebelah ALUMNI SISTA

Assalamua'laikum w.b.t

Untuk makluman rakan-rakan SIS, pihak ALUMNI SISTA akan menganjurkan Karnival Bolasepak 9 Sebelah ALUMNI SISTA pada :

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat : Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

Masa : 8.00 pagi (Mula)

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, jom turut serta..boleh jumpa kawan-kawan lama. Kepada rakan-rakan SIS 92-96 yang berhajat nak menyumbangkan tenaga untuk Pasukan Bolasepak SIS 92-96, korang boleh la berhubung dengan mana-mana Pengurus Pasukan yang telah dilantik :

Shukri Adam (Pasukan ALUMNI SIS 92-96 A)

Meor Huzaini (Pasukan ALUMNI SIS 92-96 B)

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92