Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 yang akan pulang beraya di kampung, berhati-hati di jalanraya. Sentiasa bersabar dan berhemah ketika memandu.
Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.
Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.
Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.
Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.
No comments:
Post a Comment