Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SISTA dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Untuk Anak-anak Yatim/Pelajar Miskin SISTA

Dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SISTA dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Untuk Anak-anak Yatim/Pelajar Miskin SISTA akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 16.09.09 (Rabu)
Masa : 6 petang - 11 malam
Tempat : Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh.


Kepada rakan-rakan yang berkesempatan dan berkelapangan, harap dapat turut serta di majlis ini nanti. Untuk pengesahan kehadiran, sila berhubung dengan Encik Azman Omm (019-5572525/ 05-5278525) bagi mengelakkan pembaziran selewat-lewatnya pada 14.09.09 (Isnin).


Selain itu juga, kepada rakan-rakan yang ingin menyumbangkan duit raya (sedekah) kepada Anak-anak Yatim/Pelajar Miskin SISTA, sumbangan masih dibuka sehingga 12.09.09 (Sabtu) jam 4.00 petang. Sumbangan boleh disalurkan melalui :

Maybank
1-08057-21587-2
Lukman Bin Wan Mat Daud/671012-08-6591


Bank Islam BIMB
0209-3020-6802-14
Lukman Bin Wan Mat Daud/671012-08-6591

Sila klik di sini untuk keterangan lebih lanjut.

Sekian, dimaklumkan.

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92