Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Jemputan Walimatul Urus - Syakirul Farid Abdul Latip

Email Dari Syakirul Farid Abdul Latip

Assalamua'laikum w.b.t

Kehadapan rakan2 Izzuddin badge 92' - 96',

Saya dengan segala hormatnya menjemput saudara2 sekelian agar dapat memeriahkan lagi majlis kenduri kahwin saya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada ;

Tarikh : 1hb. November 2009 ( Ahad )

Tempat : Dewan Orang Ramai, Jalan Jaafar Taha, Taman Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Sudilah kiranya meluangkan masa menghadirkan diri bersama keluarga di hari perkahwinan saya.

InsyaAllah. Wassalam.

Wednesday, September 30, 2009

Perjumpaan ALUMNI SIS Senior dan Junior

Sekadar ingin memaklumkan mengenai satu perjumpaan kecil di antara ALUMNI SIS Senior dan Junior akan diadakan pada :

Tarikh : 3 Okt 2009 (Sabtu)
Jam : 10 pagi - 12 tgh
Tempat : Bandar Baru Bangi
Lokasi : Akan diumumkan kemudian (kemungkinan besar Restoran Mamak)
Bayaran: Pakat-pakat bayar

Apa yang pasti mereka dalam senarai berikut mesti datang;
1. Saifulzaman Ahmad
2. Abu Haniffah Muhammad
3. Zakir Ibrahim
4. Dr Lukman Abdul Mutalib
5. Hamka (senior)
6. Apai UKM (junior)
7. Cikgooden UKM (junior)

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, korang dijemput sama datang. Sembang-sembang sambil pekena teh tarik...


Wassalam

Sumber Makluman : Izzuddin 8084 (Bro. Lukman)

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92