Monday, October 5, 2009

Main Futsal - 02.10.09

Jumaat malam lepas (02.10.2009), geng-geng Izzuddin 92-96 turun main futsal dekat Shah Alam Extreme Park. Actually sebelum ni pun diorang selalu main. Baru ni aku berkesempatan join main. Antara yang hadir ; Uzair, Khairul Fuad, Bokhari, Azhar, Syidul, Fuaad Rahim, Zaki Rashid, Atan a.k.a Roshahfazrin, Zainul Abidin, Muammar, Wak Khairi dan Lenggong a.k.a Hishamuddin. Mula main jam 10.00 malam sampai pukul 12.00 tengh malam.
Berehat...kumpul tenaga untuk pusingan kedua. Stamina masih ok lagi la walaupun umur dah mencecah 30 tahun. Dari kiri : Azhar, Zainul (duduk), Fuaad Rahim dan Khairul Fuad (berdiri dibelakang).
Muammar (jersi Malaysia) dan Azhar...Apa yang dicari tu Atan...
Turut sama, Syidul (baju biru) dan Uzair (baju hitam). InsyaAllah, harap-harap lepas ni lebih ramai lagi yang akan join aktiviti yang kita anjurkan. Terima kasih kepada Azhar yang organize game pada malam tu. Jumpa lagi InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92