Tuesday, October 6, 2009

Perjumpaan ALUMNI SIS Batch 80-84

Sabtu lepas (03.10.2009), aku dan Yusmie berkesempatan meluangkan masa menghadiri jemputan perjumpaan ALUMNI SIS Batch 80-84. Walaupun aku dan Yusmie dari batch 92-96, sekurang-kurangnya kehadiran kami merupakan langkah permulaan jalinan hubungan (rangkaian) dengan batch yang lain. InsyaAllah, semakin hari kita akan cuba manfaatkan rangkaian dan hubungan yang ada untuk kebaikan bersama.
Pada mulanya, perjumpaan dijangka diadakan di Kedai Mamak di sekitar Bandar Baru Bangi. Selepas berkumpul di Stesen Petronas Bandar Baru Bangi jam 10 pagi, kami bergerak ke rumah Bro. Saifulzaman, juga ALUMNI SIS Batch 80-84.
Merakamkan gambar beramai-ramai untuk kenangan...Abang-Abang Senior Izzuddin Batch 80-84...InsyaAllah, lain kali jumpa lagi.

Bertukar-tukar cerita, maklum la ada yang dah berpuluh tahun tak berjumpa.
Riuh rendah rumah Bro. Saifulzaman, maklumlah macam-macam cerita kenangan di Sekolah Izzuddin Shah yang diimbau semula.

Ucapan penghargaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Bro. Saifulzaman dan isteri beliau, Kak Hidayah atas kesudian menerima kunjungan kami dan menyediakan juadah makanan untuk kami. Semoga dimurahkan rezeki...


Untuk melihat gambar-gambar lain sekitar perjumpaan ALUMNI SIS Batch 80-84 ini, sila klik disini!

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92