Thursday, October 8, 2009

Mohd Fauzi Haris (Pojie)

Apa Khabar Budak SIS - Mohd Fauzi Haris (Pojie)

Assalamua'laikum w.b.t

Pagi tadi aku sempat berhubung dengan salah seorang Budak SIS 92-96 yang berada nun jauh di perantauan. Mencuri sedikit masa untuk berbual melalui Yahoo! Mesengger (YM). Maklumlah, masing-masing sibuk dengan tugas di depan mata. Macam kawan kita ni, waktu aku tegur dia di YM, dia tengah sibuk menyediakan slides power point untuk presentation.

Keluarga Bahagia ; Mohd Fauzi Haris (Pojie), isteri - Wan Fatimah binti Wan Hussain bersama dua permata hati mereka - Mohammad Fauzan Ikhwan dan Nur Fatin Najwa. Anak ke-3 InsyaAllah bulan Disember akan datang...

Harap-harap korang masih ingat lagi kawan kita dalam gambar di atas ni. Gambar terbaru kiriman Mohd Fauzi Haris (Pojie) bersama keluarga yang kini berada di Nagaoka, Jepun. Pojie kini sedang cuti belajar (Sarjana) di Nagaoka University of Technology (NUT), Jepun. Masih bertugas dengan Pusat Teknologi Maklumat, Agensi Nuklear Malaysia di Bangi. Sekiranya ada rakan-rakan yang menjejakkan kaki ke Jepun dan ingin berhubung dengan Pojie, berikut disertakan alamat untuk dihubungi ; 940- 2114 Niigata Ken, Nagaoka Shi, Kitayama 4- 142, Dai Ichi Takano House 102. Nombor telefon pun turut disertakan ; 080- 34040584.

Sebelum mengakhiri perbualan di YM tadi, Pojie sempat berkongsi maklumat mengenai perkembangan beliau dan rakan-rakan Muslim - Nagaoka Muslim Association (NAMAS) di sana yang sedang berusaha mengumpul dana untuk pembinaan Masjid Nagaoka. Untuk makluman, Pojie merupakan orang kuat NAMAS. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NAGAOKA MASJID PROJECT, sila klik di sini!

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan ~ Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan ke Blog Budak-Budak SIS 92-96.

Alhamdulillah ALUMNI SIS 92-96 mengorak langkah baru dengan mewujudkan Blog untuk dikongsi bersama rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96. Ia merupakan satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran komunikasi ALUMNI SIS 92-96. So, harap-harap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh ALUMNI SIS 92-96 dan juga ALUMNI SISTA dari semasa ke semasa.

Kita amat mengalu-alukan rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96 untuk menghantar apa sahaja kisah/coretan untuk dikongsikan di blog ini. Hantarkan artikel atau maklumat ke abihayyan[at]gmail[dot]com.

Sebarang cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan berkaitan dengan blog ini juga boleh dikemukakan ke abihayyan [at] gmail [dot] com.

Sekian, terima kasih.

ALUMNI SIS 92-96
Apai
040/92